wayang dari pak brahim..hihihi!!!!
Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.
Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.
“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” selar Ibrahim.
Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.
“Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa
bila rakyat berkata-kata :
Saya hairan kenapa Ibrahim mendapat keistimewaan berucap di pentas milikan UMNO. Adakah Ibrahim sedang berlakon atas arahan boss UMNO?
Itu tidak mustahil kerana pembiaya Perkasa mungkin dari pihak UMNO. Kenapa Ibrahim tidak menpersoalkan isu penyelewengan Tajuddin? Arahan menutupi kes seperti disarankan oleh Menteri Nazri berkemungkinan tinggi berpaksikan arahan dari Putrajaya.
Nazri cuma menyampaikan mesej dan tidak berbeza dengan tindaklaku YB Ibrahim yang berlandaskan topik perkauman demi meraikan sokongan simpati. Inilah percaturan politik kotor yang berleluasa di negara ini.
Diam lah tin kosong banyak bising bila ketuk kepala
Perkasa adalah jaguh kampung, tetapi tidak mampu memimpin atau bersaing di persada dunia. Sedihnya.
Ape yang aku lihat kat sini,ape yang pakcik nie nak?
tak kan tak sabar2 nak jadi Pedana Menteri!!!! hihihi... atau projek tak dapat ngan umngok ngek ni...???
anak malaysia
lawan kembali