Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Friday 5 August 2011

RAKYAT TEMPATAN SEMENTARA

14,801 PATI mendaftar pada hari pertama



PUTRAJAYA 2 Ogos - Seramai 14,801 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar di 197 buah pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung pada hari pertama Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P yang bermula semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan pendaftaran paling tinggi iaitu 4,066 dan diikuti Pahang seramai 1,655.
"Kuala Lumpur mencatat 1,461 pendaftaran; Negeri Sembilan (1,343); Perak (1,164); Johor (999); Pulau Pinang (851); Kedah (674); Kelantan (472); Melaka (373); Terengganu (346); Perlis (155) dan Labuan (21).
"Berhubung statistik terkumpul bagi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah pula adalah seramai 733,934 telah direkodkan menerusi pejabat Imigresen mewakili 61 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pekerja asing di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai makluman pendaftaran hari pertama program 6P di sini, hari ini.
Alwi berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk pendaftaran daripada sektor pembantu rumah.
Sementara itu, beliau berkata, Sabah yang memulakan pendaftaran PATI lebih awal bermula 18 Julai lalu telah merekodkan 130,937 pendaftaran, termasuk 937 yang baru dicatatkan semalam.
"Usaha itu akan diteruskan di negeri ini sehingga 8 Ogos ini. Bagi Sarawak yang mula mendaftarkan pekerja asing sah semalam, sehingga tamat operasi hari pertama, sejumlah 610 direkodkan menerusi 28 kaunter pejabat Imigresen di 11 bahagian di seluruh Sarawak," katanya.
Pada masa yang sama, beliau mengingatkan kesemua 366 syarikat pengurus yang dilantik untuk mengendalikan program 6P agar tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan.
"Bayaran dikenakan hanya RM35 untuk pendaftaran dan tindakan boleh diambil kepada syarikat yang mengenakan caj berlebihan," katanya.
Ditanya mengenai ketibaan kelompok pertama pencari suaka di bawah perjanjian Australia dan Malaysia baru-baru ini, beliau berkata, kumpulan itu dijangka tiba pada minggu depan.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, sebarang perkembangan mengenai kumpulan pencari suaka tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

kita dapat bayangkan jika perkara ini berlaku hingga hujung tahun ini...

hendak ditegur nanti dikata pengkianat,hendak dilawan nanti lain yang jadi,













2 comments:

  1. WAJIB TAHU PASAL ISU NI DAN MINTA SESIAPA YANG ARIF TENTANG AGAMA UNTUK RESPON ATAS ISU INI

    http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/08/fatwa-baru-wajib-dikeluarkan-untuk-isu.html

    ReplyDelete