Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Tuesday, 9 August 2011

habis sumua dieorang nak control....





Tentu ramai yang kenal siapa orang ini


Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri."Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana.
"Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswaBukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim".

"Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?".
ni kerana, tambahnya, lanskap media sekarang berada dalam keadaan tidak sihat ekoran beberapa kekangan terhadapnya seperti melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

"Jadi asas persangain kita tidak sihat. Misalnya tiada hak untuk menjawab dan tiada wacana tanding (di media arus perdana)," katanya yang juga bekas pengarang majalah Detik yang pernah diharamkan kerajaan ketika era reformasi pada 1999.

Fathi bagaimanapun berkata, untuk terus beroperasi, media alternatif amat bergantung kepada sokongan pembaca kerana pasaran iklan yang terhad.


kata2 dari rakyat:ini buka calang2 org yg cakap...Sastrawan Negara...ttg media perdana kita....yg tiada moral dan tidak ada langsung rasa bertanggungjwb untuk melaporkan yg adil kpd phk yg tdk sehaluan dgn kerajaan UMNO/BN.

semua atau sebahagian besar rakyat warga emas menelan bulat-bulat maklumat dalam berita TV dan radio
Untuk keseimbangan berita, harus baca media alternatif dan media perdana. Tanpa media alternatif, rakyat semakin diperbodohkan....


sampai bila kita harus dibelenggu oleh media yang berat sebalah,menurut telunjuk pihak2 yang lupa kerana rakyat mereka berada ditahap itu...



Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugUHoZT Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Post a Comment