Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Thursday 29 September 2011

Ugutan dari samsing ikan sepat !!!!!

DAH MULA DAH DIEORG NI NAK BUAT KACAU DALAM CERAMAH,TAPI BILA UMNO BUAT CERAMAH X DE PUN ORANG NK KACAU,KALAU GUNA SAMSIANG HURM....APE LAH YANG DIEORG NIE FIKIR...SAMSIANG UPAHAN NIE SAMPAI NAK JDI PENCUCI PENTAS ,SAMPAI BILA NK DDK BAWAH KAKI TENUK2 NIE....BRAPE LAMA ?????????

Macam mana ni !!!!




REBAHNYA APE YANG D BANGGAKAN OLEH PAKCIK JIB KITA SEMUA HAHAHAHA!!!!
HARAMJADAH


SAPE2 YANG SAKIT2 URAT BOLEH LAH JUMPE BIBIK SEMAH NIE...
YANG KINI DAH MENJADI DUKUN..TAPI JANGAN PAKAI CINCIN YANG MAHAL2 TAU KIKIKIKI!!!!!



KELAB SEBAT2 HASIL BUMI 
DH LA BRITISH KAKI SEBAT DENGAN SISTEM BUMI BAKAR SBB X MO BAGI ORANG LAIN AMIK HASIL BUMI..INI AKU BELAJAR MASA SKOLAH DULU LAH...TAPI PAKCIK PROFF TU KATA MELAYA KINI ( MALAYSIA ) X D JAJAH,KINI KAKI2 SEBAT SEMALAYSIA.

MAKIN HARI APE YANG AKU TENGOK SEKARANG INI,ADALAH UMNO MENCARI POINT2 KEPADA PR DALAM USAHA MENGGAGALKAN MARA TERUS KE PENTADBIRAN PUTRAJAYA.

DALAM MENBRI PERNERANGAN PADA MASYARAKAT ADA YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN DALAM PERJUANGAN YANG MAHU RAKYAT BEBAS..WALAPAU PUN BEBAS ..(DALAM SEGI APE YANG BEBAS ?) 

MAKIN HARI RAMAI YANG SUDAH BOSAN DAN KELIRU DENGAN APE YANG KERAJAAN UMNO/BN,SELAGI MEDIA D KUASAI OLEH PIHAK2 TERTENTU SELAGI ITU LAH MEREKA MENGGUNAKAN UNTOK MAMBUAT RAKYAT TIDAK PERCAYA DAN MENYOKONG PADA RP

MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI





JANGAN SUKA BERJANJI...

HARAP KDN BUAT APA YANG DI  CAKAP, JANGAN CAKAP TETAPI BUAT

Hari ni Utusan Msia Timbln Menteri Dlm Ngri Datuk Abu Seman Yusop Kata " mana2 Anggota Polis Yg melakukan kesalahan tidak akan di lindungi , tindakan akan di ambil pada Anggota Polis yg terlibat. Anggota Keselamatan Negara  “KITA ADALAH PROFESIONAL ’’ , jadi kita tidak akan bertolak ansur pada mereka yang terlibat…." EM.........bagus ni, kita tunggu apa tindakan bakal di ambil oleh PIHAK  KDN  pada

 “INSPEKTOR SAIFUL BIN MOHD MUSTAFFA YG TURUT MEMBANTU TUDM MENGEPUNG , MENANGKAP , MENGUNA SENJATA API ’’, Pada 23.12.2008 pada SAYA DAN 6 ORANG ANAK SAYA YG BERUMUR 5THN HINGGA 17 THN. Kertas  SIASATAN dah  SIAP dah ADA di PEJABAT  PENDAKWA DI SARAWAK. Kertas “ SIASATAN SUDAH DI HANTAR KE PEJABAT PENDAKWA NEGERI SARAWAK ’’,

Ini dimaklum oleh PEGAWAI PENYIASAT, Bila di tanya semula, dimaklum oleh PEGAWAI PENYIASAT,  “ Belum lagi…PEJABAT PENDAKWARAYA  sedang kemaskini kertas siasatan dengan pihak PDRM dan TUDM.                              KITA………………. TUNGGUuuuuuuuuuuu………………………


MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI










Tuesday 27 September 2011

AL FATIHAH......kepada Pengarah PROPAGANDA...


AL FATIHAH...

EDY NORR RIZUAN.

MOGA ROH NYA D CUCURI OLEH ALLAH...AMIN


MINDA MERDEKA
ANAK MELAYSIA

LAWAN KEMBALI



Monday 26 September 2011

Dulu milik kita....sekarang Singapore punya,taniah UMNO/BN...padan muka korang...


TENTU RAMAI MASIH INGAT TEMPAT INI..
Pada masa dahulu tempat ini terkenal dengan perniaga bermacam-macam die kawasan uptown damansara,sampai 1 masa sudah kelilingi kawasan food court...
memang penat jika hamba nak round2 kawasan tu....seronok lah sebab tengok peniaga2 yang bersungguh dalam mengukuhkan ekonomi...
Ramai kawan2 yang ingat lagi kan...

TAPI ITU DULU KINI TIDAK LAGI,CUMA TERFIKIR BAGAIMANA KAWASAN TERSEBUT BOLEH JADI MILIK ORANG SINGAPORE???
SEDANGKAN ADA PAPAN TANDA KAWASAN MENJAJA,LEPAS TU PULA PAPAN TANDA TU D CABUT....TROS KATA ( SINI X LEH NIAGA ) 
BAB NIAGA TU KITA BOLEH BERBINCANG LAH,KINI DAH BANYAK UP TOWN/DOWN TOWN...KAT MERATA TEMPAT..

PERSOALAN NYA?
BAGAIMANA TANAH TERSEBUT BOLEH MENJADI HAK MILIK ORG SINGAPURA??

BERAPA BANYAK LAGI TANAH KAT MALAYSIA NIE NAK DI GADAIKAN?
JANGAN PULAK TANAH FELDA TERGADAI ATAU D PAJAKAN KAT PADA EURO LEPAS NI..NANTI HILANG PULAK 1 PER 1 TANAH KAT MALAYSIA NIE DEMI KEPANTINGAN PERIBADI...

MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI




Saturday 24 September 2011

Baca Betul-Betul


TENUK2 UMNGOK NGEK APE NAK JAWAB 

UMNGOK NGEK JANGAN LAH GIGIT JARI 

MAKIN ANGKUH TENUK 


DALAM MASA SEKARANG TERLALU BANYAK ISU YANG KIAN TERBUNGKAR HARI DEMI HARI,

BILA HAL2 MACAM INI KELUAR 

MANANYA PANGLIMA2 GAGAH PERKASA TAK KAN DIAM JE DALAM ISU2 INI....
PETIOT YANG JADI BENTENG KONONYE....MELALAK KAT TROPICANA TAU LAH...
PENDEKAR2 SEKELIAN ?
APA KATA PUCUK PIMPINAN UMNGOK NGEK ?
TIMBALAN UMNGOK NGEK ?
AHLI UMNGOK NGEK  / BN = BOLEH NAIK ?
PEMUDA UMNGOK NGEK ? ?
PUTERI UMNGOK NGEK ?

JIKA MAHU JADI PEMIMPIN 
JADI LAH PEMIMPIN YANG BAIK..
JIKA MAHU JADI PEMIMPIN 
TUNJUK KN LAH CIRI PEMIMPIN
JIKA MAHU JADI PEMIMPIN 
RENUNG2 LAH MASYARAKAT
JIKA MAHU JADI PEMIMPIN 
JANGAN BUAT2 X DENGAR SUARA MASYARAKAT 


MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI 

Sunday 18 September 2011

JANGAN TIPU LAGI





APA YANG DI UCAPKAN HARI TU SEOLAH2 MEMBARI GREEN LIGTH PADA KUNCO2 NYA...KITA LIHAT NANTI...

JIKA ADA MAKSUD YANG TERSELINDUNG DENGAN APE YANG TELAH D NYATAKAN,

CONTOH DEMO JALANAN:
BERSIH BERTUJUAN UNTUK MEMOHON PILIHAN RAYA BERSIH DARI ANASIR2 JAHAT DAN PENIPUAN DALAM KEPUTUSAN UNDI DAN JUGA DALAM PROSES PERJALANAN UNDI..

JANGAN LEPAS INI ADA PULA YANG BUAT DEMO JALANAN SBB SURUH PIHAK2 TERTENTU LETAK JAWATAN SUDAH..

KELONGGARAN YANG D BERI NAMUN JANGAN LUPA KELEBIHAN YANG ADA....TIDAK MENYEKAT PEMIKIR2 POLITIK TIDAK KIRA LAH DARI MANA2 PARTI....MEMANG BAGUS...TAPI JANGAN SAMPAI BERPOLITIK DI SEKOLAH2 SUDAH LAH...JANGAN ROSAK KN MINDA2 ANAK SKOLAH DENGAN ACUAN POLITIK.....JANAGAN GANGGU PERMIKIRAN MERAKA .....

YANG PALING PENTING JANGAN TIPU SEJARAH....

JANGAN MEREKA PULA YANG DAPAT HAK SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

MAKIN HARI MAKIN BANYAK YANG DI DEDAHKAN OLEH UMNO,NAMUN MEREKA LUPA KINI RAKYAT KINI SUDAH PANDAI DAN CELIK TIDAK BOLEH LAGI D GULA-GULAKAN LAGI SEPERTI YANG TERDAHULU, TIDAK TERTUMPU DANGAN APA YANG D TERANGKAN DIDALAM TV-TV YANG MEMIHAK PADA MEREKA YANG BERKUASA SEOLAH2 TIADA SESIPA PUN DAPAT MENGUGUAT MEREKA ,RAKYAT KINI  INGIN TAHU DENGAN LEBIH LANJUT SELAMA INI RAKYAT TERTIPU DENGAN MAINAN UMNO/BN DARI BERBAGAI2 PILIHAN...

JIKA BENAR MAHU MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK TUNJUKANLAH CIRI2 SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK...JIKA INGIN MEMENAGI HATI RAKYAT JADI LAH CONTOH YANG BAIK PADA KAMI SEBAGAI RAKYAT...JANGAN TERLUPA AKAN AMANAH RAKYAT JANGAN PULA MEMBEBANKAN RAKYAT DALAM KERAKUSAN KUASA YANG KAMU MILIKI..

WAHAI PEMIMPIN TIDAK KAU SEDAR KAMI JUAGA ADA PERASAAN,JANGAN D PERLALUKAN SEWENANG2 NYA KERANA KAMI JUGA ADA ALAK DAN FIKIRAN...JIKA KAMU ADIL DALAM PEMERINTAHAN SEMUA INI TEDAK TERJADI D MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

BANGUN LAH WAHAI ANAK2 MINDA MERDEKA !!!

JANGAN LAH KITA TERUS TERTIPU LAGI CUKUP LAH MEREKA YANG TERDAHULU D GULA2 KAN,KINI MINDA ANAK MALAYSIA DAPAT MENILAIKAN TENTANG SESUATU YANG BAIK UNTUK KITA DAN GENERASI YANG AKAN DATANG ....AYUH BANGKIT LAH ANAK2 MINDA MALAYSIA 


MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI 





Tuesday 13 September 2011

jika benar tidak di jajah ???



pejuang yang d singkirkan
masih ramai lagi yang senasib dangan nya.


1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?

RENUNG2 dan FIKIR2 kan lah persoalan2 ini.....
Semoga minda & pemikiran kita akan terbuka dgn lebih luas lagi di dalam mengerti & mengenali perjuangan bangsa Melayu itu di dalam tanah air tercinta tumpah darahnya sendiri... "MARI MENILAI"


baru aku tahu skang...penat lah cikgu aku mengajar ttg sejarah kat skolah dlu... baru aku tahu skang...tiada jajahan d malaya masa tu british n japan datang masa tu untuk menyeliakan tanah malaya ....hurmmmm....mesti cikgu sejarah aku bengang tahap 5 nie..
british dh sebat hasil malaya masa tu....sabah sawak pun sama ....2 yg british guna kn bumi bakar x salah nye....utk org lain x dapat amik hasil yg ada lagi...kalo nk kene mula dari awal...tgk busuk hati british nie....dah lah die bt ramai org yang jadi tali barut...lawan 
british d anggap pengkianat...walaupun malaya di jajah ...


MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI



Monday 5 September 2011

Malaysian journalist killed in Somalia




Malaysian journalist killed in Somalia


A Malaysian journalist has been killed in an attack by African Union (AU) forces in southern Mogadishu, Press TV reports.


Witnesses said on Friday that the AU forces opened fire on a vehicle transporting five Malaysian doctors and one Malaysian journalist near the international airport of the Somali capital, the Press TV correspondent in Mogadishu reported.

The five other Malaysians were seriously injured in the incident.

The AU forces say that they believed the Malaysians were “terrorists” and that they targeted the vehicle “mistakenly.”

The Malaysian doctors had recently arrived in Mogadishu on a mission to provide medical care to the Somali people.

Drought and famine have affected more than 11.8 million people across Somalia, Kenya, and Ethiopia. Somalia has been the hardest-hit country in what is being described as the worst drought in the Horn of Africa in 60 years.

According to the United Nations, a quarter of Somalia's 9.9 million people are now either internally displaced or living outside the country as refugees.

The UN has declared famine in five regions of Somalia and says that the international humanitarian response to the crisis has been insufficient.

Somalia has not had a functioning government since 1991, when warlords overthrew former dictator Mohamed Siad Barre.


MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI


PERJUANG MERDEKA YANG TERPINGGIR



AHMAD BOESTAMAM

Ahmad Boestamam adalah nama yang tak asing di Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdullah Sani Raja Kechil. Nama beliau tak dapat lari daripada dikaitkan dengan gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. Buku-buku sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia tak begitu banyak menceritakan tentang Ahmad Boestamam. Seharusnya tokoh yang sebegini besar sumbangan dan pengorbanan terhadap usaha untuk memerdekan negara harus ada satu muzium atau tugu untuk memperingati beliau.
Tapi di Malaysia begitulah, oleh kerana UMNO dan Barisan Nasional mahu memonopoli sejarah kemerdekaan negara, pejuang-pejuang yang tak sehaluan dengan mereka dipinggirkan. Tambahan lagi dengan “momok” anti komunis yang berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat Malaysia. Ini lebih memudahkan bagi mereka (baca: kerajaan Barisan Nasional) untuk menguasai sejarah kemerdekaan negara.
Tahun ini ialah ulang tahun ke 50 Malaya merdeka (Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963). Jadi rasanya eloklah sedikit sebanyak diperkenalkan kembali pejuang-pejuang awal yang membangunkan gerakan kemerdekaan di Tanah Melayu kepada generasi muda di Malaysia.




Siapa Mat Indera


Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkanhadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.



MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI



Thursday 1 September 2011

BILA KOS RAWATAN TAHAP RUMAH SEMI D



BILA KOS RAWATAN TAHAP RUMAH SEMI D

 SESUATU D LUAR JANGKAAN
SENYUM LAH SELAGI BOLEH 



 SAYA TIDAK SILAP SEBAT WANG YANG SEDIA ADA 

MEMANG CANTIK 

ADOII...BILA LAH BOLEH PAKAI KERETA NIE AGAK2 NYE..

 pergh..dasyat... patut le skrg org berebut2 nak jadi pemimpin..padahal zaman dulu pemimpin islam menangis setiap mlm takut tak dpt menjalankan amanah yg di bagi.

PATUT LAH MAKCIK BN KATA:
MESTI LAH PEMIMPIN KENE TUNJUK YANG DIAORANG BANYAK DUET
RUMAH BESAR,SEGALA PERALATAN CUKUP,JIKA TIDAK RAKYAT TAK NAMPAK CORAK KEPIMPINAN....

AKU TERFIKIR:
APE YANG BERMAIN DALAM PERMIKIRAN MAKCIK NIE...
ADAKAH MENJADI SEORANG PEMIMPIN UNTUK MENGUMPUL HARTA KEKAYAAN  MILIK PERIBADI?
JIKA RAKYAT MEMILIH KAMU,BERKERJA LAH UNTUK RAKYAT
BUKAN BERKERJA UNTUK KEKAYAAN KAMU 


MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI 


Bahagian 2 : UMNO diam je ?




GANG-GANG UMNO TAK KAN TAK TAHU TENTANG ISU INI?



Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat  Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Presiden MCA Dato Sri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.

Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi  persetujuan bersama  dalam Pakatan Rakyat(PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009.
Tidak mungkin disebabkan seorang tokong konterversi  Dr Chua Soi Lek maka PR akan berubah sikap.

Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN) Dr Chua Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat  memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini.
Hak Istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana penghianatan UMNO yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka. Bermaksud, jika tiada penghianatan UMNO dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai.  Tanpa penghianatan UMNO, orang Melayu sudah lama maju di negara ini.
Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi. Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.

Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA. Betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik.


Keceluparan Dr Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan UMNO mengawalnya. Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional(BN). Hak istimewa orang Melayu adalah maruah UMNO. Memberi  perakuan untuk  mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah 



Di mana Pemuda UMNO? Di mana Puteri BN?
Di mana pemimpin tertinggi umno?
Di mana perkasa yang selama ini melaungkan hak2 orang melayu?
Di mana mereka yang melaung2kan tantang isu ini kepada PR ?



Jangan membutakan mata dan hati
mana orang-orang yang kuat menyanyi tu..
atau hanya membaca dan hurmm....


MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI


P/S : KEPADA PEMBACA YANG DIHORMATI
      TOLONG BAGI IKAN MAKAN YE DI 
      BAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN 
      KLIK SAHAJA DALAM TU...HIHIHIHI!!!!