Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Monday, 5 September 2011

PERJUANG MERDEKA YANG TERPINGGIR



AHMAD BOESTAMAM

Ahmad Boestamam adalah nama yang tak asing di Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdullah Sani Raja Kechil. Nama beliau tak dapat lari daripada dikaitkan dengan gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. Buku-buku sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia tak begitu banyak menceritakan tentang Ahmad Boestamam. Seharusnya tokoh yang sebegini besar sumbangan dan pengorbanan terhadap usaha untuk memerdekan negara harus ada satu muzium atau tugu untuk memperingati beliau.
Tapi di Malaysia begitulah, oleh kerana UMNO dan Barisan Nasional mahu memonopoli sejarah kemerdekaan negara, pejuang-pejuang yang tak sehaluan dengan mereka dipinggirkan. Tambahan lagi dengan “momok” anti komunis yang berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat Malaysia. Ini lebih memudahkan bagi mereka (baca: kerajaan Barisan Nasional) untuk menguasai sejarah kemerdekaan negara.
Tahun ini ialah ulang tahun ke 50 Malaya merdeka (Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963). Jadi rasanya eloklah sedikit sebanyak diperkenalkan kembali pejuang-pejuang awal yang membangunkan gerakan kemerdekaan di Tanah Melayu kepada generasi muda di Malaysia.




Siapa Mat Indera


Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkanhadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.



MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI



2 comments: