Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Thursday 17 November 2011

Petisyen Rakyat Tuntut Pilihanraya BERSIH

Petisyen Rakyat Tuntut Pilihanraya BERSIH

  • Author: Anne Ooi dan Rosni Malan
  • Send To: DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
1. Kami, rakyat Malaysia yang komited dengam prinsip di mana tadbir urus negara kita adalah oleh rakyat dan demi rakyat, ingin membawa kepada perhatian Yang DiPertuan Agong perkara yang berikut: pada 9 Julai 2011, ribuan rakyat Malaysia telah turun berdemonstrasi di Kuala Lumpur bagi menuntut reformasi proses pilihan raya seperti di bawah: ● bersihkan senarai undi ● rombak sistem undi pos ● penggunaan dakwat kekal ● tempoh minima 21 hari untuk berkempen ● akses media yang bebas dan adil ● kukuhkan institusi awam ● hentikan rasuah dan korupsi ● hentikan politik kotor 2. Ekoran daripada tuntutan tersebut, pada 3 Okotber 2011, kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah mengusahakan dan Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan pilihan raya Malaysia. 3. Walaupun JPK tersebut telah ditubuhkan, Perdana Menteri menerusi kenyataan-kenyataan yang telah dibuat secara umum, telah memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin akan diadakan dalam masa yang terdekat. 4. Sebagai tindak balas atau reaksi terhadap kenyataan-kenyataan tersebut, pada 3 November 2011, sekumpulan rakyat Malaysia telah memberi amaran bahawa demonstrasi besar-besaran di seluruh negara akan dijalankan bagi menghalang pelaksanaan pilihan raya sedemikian rupa sekiranya parlimen dibubarkan tanpa pembaharuan dan reformasi yang menyeluruh terhadap proses pilihan raya. Tambahan, kata mereka, penggulingan kerajaan berkemungkinan berlaku. 5. Mengikut Artikel 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, Yang DiPertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda secara mutlak untuk tidak memperkenankan permintaan bagi membubarkan Parlimen. Kini, kami sekalian rakyat Malaysia, memohon Tuanku, jika pembubaran Parlimen diminta: sebelum JPK menyelesaikan tugasnya sebelum mana-mana dan kesemua saranan JPK bagi menambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Parlimen, dan dilaksanakan sepenuhnya; dan Rakyat yakin dan percaya secara menyeluruh bahawa PRU seterusnya pastinya bebas, adil dan bersih. agar menggunakan kuasa Tuanku di bawah Artikel 40 (2) (b) untuk tidak memperkenankan pembubaran Parlimen jika kesemua tuntutan di atas tidak dipenuhi.
Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugUHoZT Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Post a Comment