Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Sunday, 13 May 2012

Jadi ke 14/5/2012 bubar perliment ?

     


 Adakah PM malaysia akan bubarkan perlimen pada 14/5/2012 

 PM merenung masa depan bn/umno pada masa hadapan .. 
adakah PRU13 ini memihak kepada BN ? 
sepanjang penglibatan Najib Razak hanya 2 kali bertangding dalam penglibatan dalam arena politik selama ini ... 


" HARAM JADAH " 
INI LAH KATA-KATA DARI SEORANG PEMIMPIN MALAYSIA KATANYA LAGI : 
BIAR MEREKA TAHU BUMI INI MILIK SIAPA ? 

JANGAN TERLALU ANGKUH DENGAN KATA2 MU ITU,NANTI BINASA DENGAN KATA2 MU ITU,JIKA CARA KEPIMPINAN KAMU BETUL SELAMA INI PASTI RAKYAT TIDAK AKAN BANGKIT MENOLAK CORAK KEPIMPINAN KAMU SELAMA INI... 

CAKAP JERIT2 DALAM TV SAMPAI ORG LAIN MELUAT !!!! 
INIKAH CIRI2 PEMIMPIN ? TEGAS LAIN BRO !!!! 


MINDA MERDEKA 
ANAK MERDEKA 

LAWAN KEMBALI 

Saturday, 21 January 2012

Exco Agama Selangor !!!!

  

Exco Agama Selangor - "baru bertemu buku dengan ruas"

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.
Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” katanya.

Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut.

“Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Pas dipinggirkan apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam hanyalah andaian pihak media.

“Tidak timbul soal Pas dipinggirkan kerana itu adalah andaian pihak media untuk memainkan isu sahaja. Setiap keputusan yang dibuat (oleh Abdul Khalid), yang sudah pun diperincikan dalam mesyuarat parti,” katanya.

Beliau berkata, rombakan dan pertukaran portfolio bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, soalan ditujukan kepada Abdul Khalid.

“Itu jelas menunjukkan semua portfolio adalah tanggungjawab Menteri Besar. Kita harus faham, apabila disebut Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, kebertanggungjawaban terletak di bahu menteri besar,” katanya.

  
Termenuang sambil berfikir bagaimana MB selangor boleh dapat ni !!!!


MINDA MERDERA
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI 








Wednesday, 4 January 2012

BN CEMAS ~ GELOMBANG RAKYAT ~


 Ini lah yang ape hamba terbaca dalam paper yang gila mampertahankan kere2 jaan selama ini,Terlalu banyak yang diselindungkan dari pengatahuan rakyat malaysia  TERUTAMA PENDUDUK LUAR BANDAR YANG HANYA BERGANTUNG PADA PAPER INI SEBAGAI INFO  

DI dalam kera2 jaan juga terdapat NGO tapi bila mereka membuat sesuatu perkara atau protes paper utusan gila ini tidak pula membuat liputan atau menjaga kepantingan ?


SENJATA KERAJAAN : MEDIA / MEDIA CETAK

Kenapa paper ini tidak mahu menjelaskan perkara yang sebenar ?
Yang difahamkan madrasah tu mahu dibina didalam kompleks dimana lebih selasa mudah kepada pengunjung dikompleks berkenaan... bukan mahu robohkan terus seperti yang telah ditulis oleh paper gila ini..
salah ke umtuk memberi keselesaan kepada jemaah ?


HIK HIK HIK 
Ini macam pun ada ? ape nak jadi ... jika PR menjadi kerajaan Malaysia bagaimana... Bolehkah mereka memecat ahli yang tidak meyokong kerajaan pusat jika PR menjadi kerajaan ? 


HIMPUNAN SEJUTA BELIA <------ LOST
HIMPUNAN SEJUTA UMAT <------ 5000 ORG JER YANG DATANG
HIMPUNAN SEJUTA WAJAH <------- APE PUN TAK BOLEH 

TENTU BANYAK WANG YANG TELAH  DIGUNAKAN ? 
BENDERA YANG DIBELAKANG TU MEMANG PANDAI MENGHABISKAN WANG RAKYAT DAN WANG PERUNTUKAN... MEMANG HEBATLAH BN NIE ...

UMNO -BN TERUS MAJU TIPU RAKYAT MALAYSIA 


PENIPU PEMIKIRAN RAKYAT INI YANG PALING TEPAT !!!

MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI 

Friday, 30 December 2011

DSAI d penjarakan ......



 ADA KAH KERAJAAN BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SAMA SEPERTI DAHULU ?

Tentu ramai yang dari kalangan PR tidak mahu DSAI dipenjarakan diatas tuduhan ( FITNAH keatas dirinya) yang telah sedia maklum,Tentu ada yang tidak setuju dengan apa yang saya tuliskan ini..

Penjarakan saja DSAI apa yang mahkamah lambat sangat nak buat keputusan.. jika MADAY masih lagi PM malaysia tentu dah lama DSAI di penjarakan angkara ( FITNAH yang diada-adakan disebabkan SAYPOOL tolol yang tidak mandi tu ) 

Persoalan nya adakah DSAI akan dipenjarakan 
Jika DSAI dipenjarakan SEKALI LAGI POLITIK MALAYSIA AKAN MENHADAPI GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT , DI MANA RAKYAT AKAN BANGKIT UNTUK MEMUNBANGKAN REJIM KERAJAAN ( BN ) DAN JUGA ( UMNO ) YANG SUKA PADA MEMPERJUAKAN ( HAK2 ORANG MELAYU ) KONON2 NYA PADA DASARNYA ORANG2 MELAYU LAH YANG SELALU DITIPU OLEH UMNO

 Pemimpin ibarat lilin yang menerangi pada kegelapan..menggorbankan dirinya untuk memberi satu gelombang rakyat yang akan bangkit menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selama ini.. bila sesuatu perkara yang dilakukan adakah pihak2 atasan diatas desakan ( kerajaan BN ) tentu  kita bantahan ..... hantarlah seberapa banyak pun memo dalam desakan bebaskan DSAI... jika mahkamah telah membuat keputusan jika bersalah maka kenalah penjara!!!!


GELOMBANG RAKYAT AKAN BANGKIT MENENTANG KEKEJAMAN KERAJAAN SEKARANG .... TOLAK BN TOLAK UMNO 
 WAJAH DAHULU ADAKAH AKAN BERULANG LAGI KEJADIAN INI 
KERANA MAMPERTAHANKAN KUASA KERAJAAN YANG SEOLAH2 KABAL DARI UMDANG2

===================================================================

INI LAH YANG MEREKA PERTAHANKAN


MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI 

Wednesday, 7 December 2011

Umno - Bn kian gila berkuasa ?



Apa yang rakyat tahu sekarang ini adalah mereka : umno telah menggunakan pertubuhan islamiah pula bagi mengukuhkan kuasa umno yang kian lama ditolak oleh rakyat kerana janji2 yang merosak kan dan menindas khususnya orang2 melayu !!!
kenapa pula mahu menggunakan Pertubuhan Islamiah untuk mengekalkan kuasa... ???

Dalam perjumpaan baru2 ini,apa yang mahu dirisaukan tentang kuasa sudah2 lah menipu rakyat yang kurang dapat maklumat rakyat yang melayak kan anda semua?? 
undi tipu/undi pos tipu/hantar orang topup undi ??

Apakah sebabnya mahu melibatkan badan pertubuhan islamiah ini terlibat didalam politik malaysia?
Berfikir sejenak kenapa ya ?

# RAKYAT BOLEH LIHAT #
~ Korang ingat rakyat ni tolol ker macam korang yang dok sebat berjuta2 wang hasil malaysia selama ni....dah macam british aku tengok!!! 
~ menjerit sana sini dok suruh rakyat skong padahal korang lah penghisab darah rakyat malaysia..

54 tahun ape yang jadi serawak dan sabah ?

Mahasiswa dan Mahasiswi tidak d benarkan terlibat dalam arena politik benarkah ?
~ Di dalam "U" itu sendiri ada pilihanraya
~ kenapa menyekat kebebasan yang konon-kononya yang di katakan telah sebati dalam jiwa masurakat?
~ jika tidak mahu mereka terlibat jangan d terapkan dalam jiwa mereka bila dah terhantuk baru nk sedar tololnya tahap unta !!

UNDI ANDA RAHSIA 

Bagi saya 1 kali jer jadi MB wahai rakyat selangor 
++++++++++++++++++++++++++++++++
Ada hati nak MB selangor?
nak amik selangor tak de hal..Tapi putrajaya PR pegang !!!!
Apa macam bro ( Pakcik ) 
tak kan nak jadi Paman khir ? kih kih kih 

 Cantik kan ? 
dalam ada LCD / tempat duduk guna set kapal terbang ??


LCD 42" lah katakan!!! hik hik hik
 Untunglah jadi org2 kenamaan nie..set kapal taerbang yang die guna...tapi sapenyer ????
 Bukan memburukan cuma nak bagi rakyat sedar jer!!!
Pakcik Noh nie ada lagi saingan die dalam merebut jawatan MB selangor hik hik hik 


MINDA MERDEKA
ANAK MALAYSIA


LAWAN KEMBALI




Thursday, 1 December 2011

umgok ngek bila bangga diri !!!!

PERSIDANGAN UMNGOK NGEK MEMANG RAKYAT TAHU AKAN AGENDA MEREKA,SELAGI BOLEH GUNA TIPU DAYA MEREKA GUNAKAN .....

MEMPERJUANGKAN KATANYA : TAPI BETUL KE ?

IKUT BUKU MEMANG LAH CANTIK
TAPI PERLAKSANAAN HEMPEHH!!!!

Bercakap pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak, Muhyiddin berkata amanat itu yang menyentuh sejarah parti membuktikan bahawa Umno tidak bersikap rasis.
==================================
RASIS KEPALA HOTAK KAULAH!

Siapa ancaman kepada orang Melayu? – Oleh Lim Guan Eng.
28 November 2011.
28 NOVEMBER – Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah “Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian” merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum yang akan datang.
Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia.
Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walau pun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya sedar bahawa keahlian DAP terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol.
Pimpinan UMNO ancaman kepada rakyat.
DAP bukan ancaman kepada orang Melayu. Hanya UMNO yang menjadi ancaman, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikap para pemimpinnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, UMNO mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti:
• Pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan; dan.
• Kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang Menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.
Selama ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka.
Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal orang Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.
Perdana Menteri Melayu realiti politik.
Dalam politik pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu. Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang.
Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.
Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.
Jawatan politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah setakat Menteri Persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Malah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan UMNO kerana UMNO bertanding kerusi yang paling banyak di kalangan parti-parti komponen BN di Pulau Pinang.
Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO bertanding 15, Gerakan 13, MCA 10 dan MIC 2. Kalau BN membentukkan kerajaan dan selagi UMNO bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN akan menjadi boneka UMNO sampailah seorang calon UMNO menjadi Ketua Menteri.
DAP berjuang untuk semua kaum.
Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, DAP tidak pernah pun menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu.
DAP tidak pernah berbuat begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam sektor-sektor tersebut.
Ini jelas dibuktikan apabila 70 peratus daripada kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing. Hanya kontraktor kroni UMNO sahaja yang tidak mampu bersaing.
Tambahan pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka. Secara kebetulan mereka juga Melayu, dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga YDP-YDP kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Seberang Perai (yang juga merupakan YDP-YDP wanita yang pertama dilantik).
Sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO. Orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi.
UMNO sudah pun melenyapkan masa depan generasi saya selama 50 tahun. Kita tidak boleh membenarkan UMNO untuk mencuri masa depan anak-anak kita.
Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh menjamin masa depan yang terang untuk anak-anak kita. – Roketkini.com
Penulis adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA

LAWAN KEMBALI 



Tuesday, 22 November 2011

UMNO PARTY IQ RENDAH



UMNO SELALU SPIN MACAM2 SEKARANG RAKYAT DAH PANDAI 
BN SENGAJA MEMBIARKAN RAKYAT BERADA DIAWAH KEMISKINAN,SUPAYA RAKYAT YANG MISKIN INI MEMBERI UNDI PADA BN 
ADAKAH NAGARA INI SAMA MACAM MESIR??

PAKAR2 EKONOMI TAK ADA BERSUARA PULA 
MEMTERI2 YANG NYANYI2 NAK BELA RAKYAT MANA ?

UMNO BN 
RAKYAT ADA KUASA,JAWATAN YANG D PEGANG TU PUN ADA KUASA RAKYAT,JANGAN RENDAH SANGAT FIKIRAN MACAM BUDAK2 TADIK KEMAS JER,HENTI2 KAN LAH NAK BODOH2 KAN RAKYAT,KORANG GUNAKAN KUASA MEDIA NAK BURUK2 KAN PIHAK LAIN 
KAMI ANAK MUDA TERUS MENOLAK CORAK KEPIMPINAN YANG SUKA TIPU RAKYAT  

INGAT UMNO !!!!
INGAT TOLOL SEPANJANG MASA KIH KH KIH !!


Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkanmedia arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.


“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.



MINDA MERDEKA 
ANAK MALAYSIA 

LAWAN KEMBALI