Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XugggvMe Under Creative Commons License: Attribution

Tuesday 30 August 2011

bila permikiran sudah beralih arah




Tok Guru NIk Aziz rasmi Pejabat PAS PJS yang diserah Kapten (B) Zahar Hashim Sabtu ini


- sedah bertukar warna bendera -

Dari umno tukar kepada pas

taniah 


KAPTEN (B) Zahar Hashim, Ketua Umno Bahagian PJS yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS hujung bulan lalu akan menyerahkan Pejabat Umno Bahagian PJS ketika beliau mengepalai Umno kepada PAS.

Saya sempat mewawancara (Harakah Bil 1403) beliau dan mengorek sebab-musabab mengapa Kapten Zahar menyertai PAS pada sisipan Fikrah bertajuk "Gila kuasa dan rasuah dalam Umno". Meninggalkan Umno. Paling menarik, bersedia menanggung kos pembiayaan urusan ubahsuai pejabat, bayaran gaji kakaitangan dan sewaan bulanan bangunan.

Seingat saya, belum ada orang Umno atau pemimpin Umno yang menyertai PAS 'memunggah' sedikit hartanya untuk dikongsikan dengan PAS. Bukan sahaja membiayai kos penyelenggaraan pejabat yang baru, Kapten Zahar juga menyerahkan sebuah van jenazah untuk kegunaan PAS dan menanggung kos bantuan bulanan kepada fakir miskin.

Esok Sabtu, 10 Januari - Tok Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Pejabat PAS PJS di Taman Medan selepas solat Isyak dan mengisi Ceramah Perdana di Markaz PAS Taman Medan, menghadap tapak Pasar Malam jam 9.30 malam. Turut berceramah Tok Guru, Kapten Zahar dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Solehen MohkyTi.


Tentu ada pihak2 yang tak senang dudk lepas ni
bila permikiran sudah beralih arah,

Ribuan terima kasih diucapkan kepada :
KAPTEN (B) Zahar Hashim, Ketua Umno Bahagian PJS yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS hujung bulan lalu akan menyerahkan Pejabat Umno Bahagian PJS ketika beliau mengepalai Umno kepada PAS.





Monday 29 August 2011

SILA BACA

 MALAPETA 31 OGOS
Posted on 


  • Monday, August 29, 2011



  • by 


  • Karnival Politik



  •  in

    MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

    KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

    Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

    Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

    Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

    “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



    “Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

    Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

    Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

    “Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.


    WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




    KOMENTAR TUKAR TIUB


    Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

    Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

    Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

    Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

    Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



    Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

    Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

    Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

    Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

    Apakah Onn Jaafar nasionalis?
    Apakah Tunku nasionalis?


    Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

    Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

    United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

    Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

    Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

    Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

    Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

    Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

    Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

    Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

    Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



    Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

    Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKANdipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

    Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin. 



    MINDA MERDEKA
    ANAK MERDEKA

    LAWAN KEMBALI

    Friday 26 August 2011

    FITNAH LAGI HENTI2 KAN LAH


    ROAD TO RUTRAJAYA
    =============================================
    Ada lagi pihak2 yang cemburu dengan ROAD TO PUTRAJAYA (RTPJ )
    berbagai2 isu di lemparkan kepada RTPJ,Oleh kerana  sokongan dari rakan2 RTPJ/Rakan2 PARLIMEN RTPJ dan juga GROUP2 FB yang selahaluan,kita mencari titik persamaan

    http://www.facebook.com/groups/parlimen.malaysia/doc/285305441484967/




    RTPJ


    Arn Ron
    Elak bersubahat dengan FB Road To Putrajaya (RTPJ) 

    Mari Kita baca Sebuah pendedahan dari seorang Bekas Admin RTPJ

    Nurul Nizam Diringkaskan cerita, saya menyertai Grup Road To PutraJaya (RTPJ), sebuah kumpulan sosial FB kerana mempunyai matlamat mendokong cita-cita perubahan tampuk pemerintahan Putrajaya daripada BN kepada PR. 
    Pada awalnya, saya sekadar menjadi ahli biasa. 

    Namun atas permintaan orang yang meletakkan dirinya sebagai bos dan tuan ampunya yang mengilhamkan RTPJ, saya dijadikan sebagai salah-seorang 'admin'. Terdapat seramai 12 orang admin yg dipertanggungjawabkan oleh bos RTPJ.


    ==================================================================================

    pekara ini telah dijelaskan pada semua tidak lama dulu,
    namun kini masih ada lagi yang belum tahu...

    KEPADA MERAKA YANG CEMBURU: HENTI2 KAN LAH CERITA TTG RTPJ
    KEPADA RAKAN-RAKAN                      : TERUSKAN LAH USAHA KAMU


    (NURUL NIZAM)

    HENTI2 KAN LAH DENGAN FITNAH KAMU TU,KO PUN TAK TAHU SEBENAR CERITA LAGI NAK NYAYI2,CAKAP BODOH NANTI MARAH ,KATA TAK SKOLAH KO MARAH,KO PERNAH DUDUK SEKALI DENGAN DIAORANG? CERITAKAN....KAN LAH ?
    BILA MASA KO JADI ADMIN RTPJ??? KO NK NYANYI JE....KE KO MEMANG KALI YANG SUKA BUAT FITHAH???
    HAL NI DAH DITERANGKAN...KORANG JE SENGAL GABAN LAMBAT TAHU TAK..PEKARA NI DAH SELESAI APA YANG KAMU BISING2.
    TAPI KO DAHTUNJUK KAN KEBODOHAN DIRI KAMU WAHAI NURUL NIZAM.

    MINDA MERDAKA
    ANAK MALAYSIA

    LAWAN KEMBALI






    Wednesday 24 August 2011

    JAWATAN KOSONG Sebanyak 1,051,427

                                                                         




    PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
    ??????????
                       yang dapat di kesan,yang belum d kesan ????

    Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
    Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi 
    "Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam 



    6P
    =====
    PENYAMUN
    PEMBOHONG
    PENCURI
    PEMBELIT
    PERASUAH
    PYEGEE DAHH!!!!!


    MINDA MERDEKA 
    ANAK MALAYSIA


    LAWAN KEMBALI 



    APE KE JADAHNYA NIE....Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan



    BARU KO TAU LANGIT  TU CAM MANA 

      ADA PIHAK YANG MAHU SAYA D PENJARAKAN
    DAH SEBAT,DAH TARAH SAMPAI GONDOL


    SENYUMAN YANG PENUH BERMAKNA HIHIHI!!!!!


    Kebodohan pemimpin!!!!

    “Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

    BARU ADA AKAL NK FIKIR CAM MANA NAK BUAT

    “Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. 

    “Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

    “Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?”

    RAKYAT TAK LAH SEBODOH MANA YANG KAMU FIKIRKAN !!!!

    Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

    BARU NAK NAMPAK KEADAILAN UNDANG2 BILA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI,SELAMA INI KENAPA DIAM SAJA ???
    ===============================================
    Dah terhantuk baru nk teradah.....ini lah akibatnya.
    masa masyuk tak ingat dunia kamu sebat..jangan salahkana org lain, kamu sebagai pemimpim kene adil pada rakyat....amacam skang? mana orang kiri kana kamu....bila dah sesak baru lah ingat...
    .
    Bukan setakat 3 org jer yg nak kamu masuk penjara, kalau hendak tahu berpuluh-puluh ribu rakyat mintak kamu di bicarakan.Baru sedar sapa kawan sapa lawan, mase kapur duit rakyat sama2, sekarang mase kena dakwa kawan2 doa masuk jail pulak.....pity you!

    KENYATAAN KHIR MENGUATKAN LAGI BETAPA INTITUSI KEHAKIMAN BEGITU MUDAH DIJUAL BELI OLEH MEREKA-keraJAAN-umNO-bN...
    TETAPI, YANG JELAS SELURUH RAKYAT MAHUKAN KHIR DIPENJARA ATAU DIHUKUM MENGIKUT UNDANG2 DIATAS SEGALA PENYELEWENGAN BELIAU..



    TEMPAT INI MENANTI KAMU


    UNTUK JENAYAH KOLER PUTIH DI SINI TEMPAT NYA



    MINDA MERDEKA

    ANAK MALAYSIA 
    LAWAN KEMBALI



                                               

    BERHATI-HATI D JALAN RAYA




    berhati2 di jalan raya 




    skodeng bibik semah ?


    Plus Arah Utara (Dari KL):
    1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
    2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
    ...3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
    4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
    ...5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
    6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
    7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
    8- Km 373 berdekatan exit Slim River
    9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
    10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
    11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
    12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
    13- 2 km after tol Juru (90km/j)
    14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

    Plus Arah Selatan:
    1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
    2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
    3- Km 253 selepas exit Senawang
    4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
    5- Betul2 di exit Jasin
    6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
    7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
    8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
    9- Betul2 di exit Sedenak

    Plus Tengah:
    1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
    2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
    3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
    4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
    5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

    NKVE
    1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
    2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
    3- Betul2 di exit Damansara
    4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
    5- Betul2 di exit Shah Alam

    Jaga-jaga

    KESAS
    1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
    2- Berhadapan Endah Parade
    3- Betul2 di exit Hicom
    ELITE (Dari arah KLIA)
    1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
    2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
    3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
    4- Km 10 sebelum exit USJ

    JALAN PERSEKUTUAN
    1- Bersebelahan Hotel Mint
    2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
    3- Berhadapan dengan Istana Negara
    4- Berhadapan dengan Muzium Negara
    5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
    6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
    7- Area Paya Bungor

    Selamatkan wang anda!!!


    kikiki...


    SELAMATKAN WANG ANDA DARI KENE SAMAN






    BERHATI2 DI JALAN RAYA RAKAN2 SEKELIAN ...


    Anak Malaysia
    lawan kembali 






    Saturday 20 August 2011

    sticker kereta RTPJ





    Ejaan Face book dekat sini sengaja di salah ejakan.yang ori tu betul.



    Sticker pelekat cermin kereta ROAD TO PUTRAJAYA kini telah siap,harga dan cara order sila PM/imbox admin RTPJ (king jason)juga (miji tan)

    harga 3 psc RM 20.00 termasuk penghantaran

    kepada rakan-rakan RTPJ dan rakan-rakan parlimen yang mahukan sticker berkenaan sila hubungi nama diatas,
    tanda sokong kita,tujuan kita,perjuangan kita

    anak malaysia
    lawam kembali